Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كذب النَّسَّابونَ، قال اللهُ تعالَى: {وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا}.
Teks Bahasa Melayu
Ahli-ahli nasab telah berdusta, Allah Ta'ala berfirman: Dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu, [Surah al-Furqan ayat 38].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1231, hadis no. 6268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: كذب النسابون، قال الله تعالى: {وقرونا بين ذلك كثيرا}. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (111)].
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Nabi SAW bersabda: Ahli-ahli nasab telah berdusta, Allah Ta'ala berfirman: Dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu, [Surah al-Furqan ayat 38]. [Riwayat Ibn Sa‘id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 111].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman