Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أصحابُ البدعِ كلابُ النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Ahli-ahli bidaah adalah anjing-anjing neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1252, hadis no. 6389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: أصحاب البدع كلاب النار. [ابن البناء في ((الرد على المبتدعة)) ((الضعيفة)) (2792)]
(Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ahli-ahli bidaah adalah anjing-anjing neraka. [Riwayat Ibn al-Banna' dalam al-Radd 'Ala al-Mubtadi'ah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2792]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman