Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عظِّموا ضَحاياكُمْ؛ فإنَّها علَى الصِّراطِ مَطاياكُم.
Teks Bahasa Melayu
Agungkanlah binatang sembelihan kalian, kerana sesungguhnya ia nanti di atas titian sirat bakal menjadi tunggangan kalian.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا اللفظ) «عظموا ضحاياكم؛ فإنها على الصراط مطاياكم». [«الضعيفة» (74)].
(Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz ini) "Agungkanlah binatang sembelihan kalian, kerana sesungguhnya ia nanti di atas titian sirat bakal menjadi tunggangan kalian". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 74].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman