Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Agungkanlah Allah, nescaya Dia akan ampunkan bagi kalian

Teks Bahasa Arab

أَجِلُّوا اللهَ يَغْفِرْ لكم.

Teks Bahasa Melayu

Agungkanlah Allah, nescaya Dia akan ampunkan bagi kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1979, hadis no. 9903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أجلوا الله يغفر لكم)). [حم، البخاري في ((الكنى))، الخولاني في ((تاريخ داريا))، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1810)]

(Lemah) Daripada Abū al-Dardā’ RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Agungkanlah Allah, nescaya Dia akan ampunkan bagi kalian. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Bukhārī dalam al-Kunā, Abū Muslim al-Khaulānī dalam Tārīkh Dāriyyā, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1810]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.