Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Agama itu dibina atas kebersihan

Teks Bahasa Arab

بُنِيَ الدِّينِ عَلَى النَّظَافَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Agama itu dibina atas kebersihan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 77, hadis no. 86. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في (( الإحياء)) وقال العراقي: لم أجده هكذا، وفي (( الضعفاء)) لابن حبان من حديث عائشة: (( تنظفوا فإن الإسلام نظيف )). وللطبراني في (( الأوسط)) بسند ضعيف جدا من حديث ابن مسعود: (( النظافة تدعو إلى الإيمان)).

Disebutkan dalam al-Ihya’. Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpainya seperti ini. Dalam kitab al-Dhuafa’ oleh Ibn Hibban daripada hadis 'Aisyah, bersihkanlah diri kamu kerana agama Islam itu bersih. Dalam kitab al-Awsat oleh al-Tabarani dengan sanad yang sangat da'if daripada hadis Ibn Mas’ud: Kebersihan itu akan mendorong kita kepada keimanan.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.