Agama itu akan sentiasa tertegak selagi Quraisy ada (sekurangnya) 20 lelaki

TEKS BAHASA ARAB

لا ‌يزال ‌الدين واصباً ما بقي من قريش عشرون رجلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Agama itu akan sentiasa tertegak selagi Quraisy ada (sekurangnya) 20 lelaki.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 586, hadis nombor 3008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس –رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((‌لا ‌يزال ‌الدين واصباً ما بقي من قريش عشرون رجلاً)). [البزار، ابن أبي عاصم في ((السنة))، عد، ((الضعيفة)) (6790)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: (Rasulullah) SAW berkata: Agama itu akan sentiasa tertegak selagi Quraisy ada (sekurangnya) 20 lelaki. [Riwayat al-Bazzar, Riwayat Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6790].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs