Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Agama itu akan sentiasa tertegak selagi Quraisy ada (sekurangnya) 20 lelaki

Teks Bahasa Arab

لَا يَزَالُ الدِّينُ وَاصِبًا مَا بَقِيَ مِنْ قُرَيْشٍ عِشْرُونَ رَجُلًا.

Teks Bahasa Melayu

Agama itu akan sentiasa tertegak selagi Quraisy ada (sekurangnya) 20 lelaki.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 586, hadis no. 3008.

(ضعيف جداً) عن ابن عباس –رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((‌لا ‌يزال ‌الدين واصباً ما بقي من قريش عشرون رجلاً)). [البزار، ابن أبي عاصم في ((السنة))، عد، ((الضعيفة)) (6790)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: (Rasulullah) SAW berkata: Agama itu akan sentiasa tertegak selagi Quraisy ada (sekurangnya) 20 lelaki. [Riwayat al-Bazzar, Riwayat Ibn Abi Asim dalam al-Sunnah, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6790].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.