Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يزالُ الدِّينُ واصبًا ما بَقِيَ من قُريشٍ عشرونَ رجلًا.
Teks Bahasa Melayu
Agama itu akan sentiasa tertegak selagimana Quraisy ada (sekurangnya-kurangnya) 20 lelaki.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1965, hadis no. 9828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس –رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: لا يزال الدين واصباً ما بقي من قريش عشرون رجلا. [البزار، ابن أبي عاصم في ((السنة))، عد، ((الضعيفة)) (6790)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Agama itu akan sentiasa tertegak selagimana Quraisy ada (sekurangnya-kurangnya) 20 lelaki. [Riwayat al-Bazzar, Ibn Abu ‘Asim dalam al-Sunnah dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6790]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman