Adapun yang berada di langit adalah para malaikat

TEKS BAHASA ARAB

[وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها]. أما [من في السماوات] فالملائكة. وأما من في [الأرض] فمن ولد على الإسلام. وأما [كرها] فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال يقادون إلى الجنة وهم كارهون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Firman Allah SWT: "Kepada Allah sahajalah makhluk tunduk taat samada di langit atau di bumi, sukarela mahupun terpaksa". Adapun ‘yang di langit’ ialah para malaikat. ‘Yang di bumi’ pula ialah sesiapa yang dilahirkan dalam Islam. Adapun ‘terpaksa’ ialah sesiapa yang dibawakan kepadanya para tawanan perang dalam keadaan dirantai dan dibelenggu, mereka diheret ke syurga dalam keadaan mereka tidak menyukainya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017-1018, hadis nombor 5238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال قال رسول الله ﷺ: [وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها]. أما [من في السماوات] فالملائكة. وأما من في [الأرض]. فمن ولد على الإسلام. وأما [كرها] فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال يقادون إلى الجنة وهم كارهون. [طب, الضعيفة (5603)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Firman Allah SWT: "Kepada Allah sahajalah makhluk tunduk taat samada di langit atau di bumi, sukarela mahupun terpaksa". Adapun ‘yang di langit’ ialah para malaikat. ‘Yang di bumi’ pula ialah sesiapa yang dilahirkan dalam Islam. Adapun ‘terpaksa’ ialah sesiapa yang dibawakan kepadanya para tawanan perang dalam keadaan dirantai dan dibelenggu, mereka diheret ke syurga dalam keadaan mereka tidak menyukainya. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5603]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs