Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَلَهُ أسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا أمَّا مَن في السَّماواتِ فالملائكةُ وأمَّا مَن في الأرضِ فمَن وُلِدَ علَى الإسلامِ وأمَّا كَرْهًا فمَن أُتِيَ بهِ مِن سبايا الأُممِ في السَّلاسلِ والأغلالِ يُقادونَ إلى الجنَّةِ وَهم كارِهونَ.
Teks Bahasa Melayu
Firman Allah SWT: "Kepada Allah sahajalah makhluk tunduk taat samada di langit atau di bumi, sukarela mahupun terpaksa". Adapun 'yang di langit' ialah para malaikat. 'Yang di bumi' pula ialah sesiapa yang dilahirkan dalam Islam. Adapun 'terpaksa' ialah sesiapa yang dibawakan kepadanya para tawanan perang dalam keadaan dirantai dan dibelenggu, mereka diheret ke syurga dalam keadaan mereka tidak menyukainya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017-1018, hadis no. 5238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال قال رسول الله ﷺ: [وله أسلم من في السماوات والأرض طوعا وكرها]. أما [من في السماوات] فالملائكة. وأما من في [الأرض]. فمن ولد على الإسلام. وأما [كرها] فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال يقادون إلى الجنة وهم كارهون. [طب, الضعيفة (5603)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Firman Allah SWT: "Kepada Allah sahajalah makhluk tunduk taat samada di langit atau di bumi, sukarela mahupun terpaksa". Adapun 'yang di langit' ialah para malaikat. 'Yang di bumi' pula ialah sesiapa yang dilahirkan dalam Islam. Adapun 'terpaksa' ialah sesiapa yang dibawakan kepadanya para tawanan perang dalam keadaan dirantai dan dibelenggu, mereka diheret ke syurga dalam keadaan mereka tidak menyukainya. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5603]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman