Adapun untuk duniamu, apabila kamu selesai solat Subuh, maka ucapkanlah selepas solat Subuh

TEKS BAHASA ARAB

أما لدنياك؛ فإذا صليت الصبح فقل بعد صلاة الصبح: سبحان الله العظيم وبحمده، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثلاث مرات، يوقيك الله من بلايا أربع؛ من الجذام، والجنون، والعمى، والفالج. فأما لآخرتك؛ فقل: اللهم اهدني من عندك، وأفض علي من فضلك، وانشر علي رحمتك، وأنزل علي من بركاتك، والذي نفسي بيده لئن وافى بهن يوم القيامة لم يدعهن، ليفتحن له أربعة أبواب من الجنة، يدخل من أيها شاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun untuk duniamu, apabila kamu selesai solat Subuh, maka ucapkanlah selepas solat Subuh: ‘Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin-Nya’, sebanyak tiga kali. Maka Allah akan memelihara kamu daripada empat jenis bala iaitu daripada penyakit kusta, gila, buta dan lumpuh. Manakala, untuk akhiratmu pula, maka ucapkanlah: ‘Ya Allah! Berilah aku petunjuk dari sisi-Mu, limpahkanlah kepadaku sebahagian kurniaan-Mu, sebarkanlah kepadaku rahmat-Mu dan turunkanlah ke atas-ku sebahagian keberkatan-Mu’. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya, sekiranya dia (sesiapa) membekalkan dirinya dengannya (doa-doa tersebut) pada hari kiamat tanpa pernah meninggalkannya, pasti dibukakan baginya empat buah pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia inginkan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1446-1447, hadis nombor 7357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ أقبل شيخ يقال له قبيصة، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما جاء بك، وقد كبرت سنك، ودق عظمك؟)) فقال: يا رسول الله كبرت سني، ودق عظمي، وضعفت قوتي، واقترب أجلي. فقال: ((أعد علي قولك))، فأعاد عليه، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما بقي حولك شجر ولا حجر ولا مدر إلا بكى رحمة لقولك، فهات حاجتك، فقد وجب حقك))، فقال: يا رسول الله! علمني شيئا ينفعني الله به في الدنيا والآخرة، ولا تكثر علي، فإني شيخ نسي، قال: ((أما لدنياك؛ فإذا صليت الصبح فقل بعد صلاة الصبح: سبحان الله العظيم وبحمده، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثلاث مرات، يوقيك الله من بلايا أربع؛ من الجذام، والجنون، والعمى، والفالج. فأما لآخرتك؛ فقل: اللهم اهدني من عندك، وأفض علي من فضلك، وانشر علي رحمتك، وأنزل علي من بركاتك، والذي نفسي بيده لئن وافى بهن يوم القيامة لم يدعهن، ليفتحن له أربعة أبواب من الجنة، يدخل من أيها شاء)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2928)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki tua bernama Qabīṣah tiba-tiba datang. Lalu Rasulullah SAW pun bertanya kepadanya: “Apakah tujuan kamu datang sedangkan usiamu sudah lanjut dan tulangmu pun sudah berbunyi?”. Qabīṣah menjawab: “Wahai Rasulullah! Umurku sudah tua, tulangku sudah berbunyi, kekuatanku sudah lemah dan ajalku semakin hampir”. Baginda pun berkata: “Ulang kata-katamu kepadaku”. Lalu Qabīṣah pun mengulanginya. Kemudian, Rasulullah SAW pun bersabda: “Tiada satu pun pohon, batu atau lumpur di sekelilingmu melainkan ia menangis kerana kasihan terhadap kata-katamu. Oleh sebab itu, beritahulah hajatmu, hakmu akan tertunai”. Lalu Qabīṣah pun berkata: “Wahai Rasulullah! Ajarilah aku sesuatu yang Allah boleh berikan manfaat kepadaku melaluinya di dunia dan akhirat, namun jangan terlalu banyak bagiku kerana aku seorang yang sudah tua lagi mudah lupa”. Baginda bersabda: “Adapun untuk duniamu, apabila kamu selesai solat Subuh, maka ucapkanlah selepas solat Subuh: ‘Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin-Nya’, sebanyak tiga kali. Maka Allah akan memelihara kamu daripada empat jenis bala iaitu daripada penyakit kusta, gila, buta dan lumpuh. Manakala, untuk akhiratmu pula, maka ucapkanlah: ‘Ya Allah! Berilah aku petunjuk dari sisi-Mu, limpahkanlah kepadaku sebahagian kurniaan-Mu, sebarkanlah kepadaku rahmat-Mu dan turunkanlah ke atas-ku sebahagian keberkatan-Mu’. Demi Tuhan yang nyawaku berada di tangan-Nya, sekiranya dia (sesiapa) membekalkan dirinya dengannya (doa-doa tersebut) pada hari kiamat tanpa pernah meninggalkannya, pasti dibukakan baginya empat buah pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia inginkan”.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2928].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.