Adapun sesungguhnya Tuhanmu menyukai pujian

TEKS BAHASA ARAB

أما إن ربك تبارك وتعالى يحب المدح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun sesungguhnya Tuhanmu Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi menyukai pujian. Ucapkanlah pujian yang telah kamu panjatkan kepada Tuhanmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 464, hadis nombor 2492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأسود بن سريع – رضي الله عنه -، قال: [كنت شاعرا فـ] أتيت رسول الله ﷺ فقلت: يا رسول الله! إني قد حمدت ربي تبارك وتعالى بمحامد ومدح، وإياك، فقال رسول الله ﷺ: «أما إن ربك تبارك وتعالى يحب المدح هات ما امتدحت به ربك». قال: فجعلت أنشده، فجاء رجل، فاستأذن – أدلم أصلع، أعسر أيسر -، قال: فاستنصتني له رسول الله ﷺ ووصف لنا أبو سلمة كيف استنصته، قال: كما صنع بالهر -، فدخل الرجل، فتكلم ساعة، ثم خرج، ثم أخذت أنشده أيضا، ثم رجع بعد، فاستنصتني رسول الله ﷺ – ووصفه أيضا – فقلت: يا رسول الله! من ذا الذي استنصتني له؟ فقال: «هذا رجل لا يحب الباطل، هذا عمر ابن الخطاب». [خد، حم، «الضعيفة» (2922)].

(Lemah) Daripada al-Aswad bin Sari’ RA, beliau berkata: [Aku merupakan seorang penyair, lalu] aku menghadap Rasulullah ﷺ dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah memuji Tuhanku Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi dengan pujaan dan pujian, juga kepadamu.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Adapun sesungguhnya Tuhanmu Yang Maha Berkat lagi Maha Meninggi menyukai pujian. Ucapkanlah pujian yang telah kamu panjatkan kepada Tuhanmu”. Beliau berkata: “Maka aku pun mula mengucapkannya. Lalu datang seorang lelaki dan meminta izin – seorang yang hitam dan botak serta kidal –”. Beliau menyambung: “Rasulullah ﷺ lalu meminta agar aku diam” – dan Abu Salamah menjelaskan kepada kami bagaimana baginda memintanya untuk diam. Abu Salamah berkata: “Seperti yang dilakukan kepada seekor kucing” – “Kemudian lelaki itu pun masuk dan bercakap sebentar lalu dia beredar. Kemudian aku menyambung semula ucapanku. Lalu lelaki itu kembali semula, maka Rasulullah ﷺ meminta aku agar diam” – dan Abu Salamah juga menjelaskan (keadaan itu) sekali lagi – “Maka aku bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang kamu minta untuk aku diam?” Lalu baginda menjawab: “Lelaki ini tidak suka kepada kebatilan. Inilah Umar bin al-Khattab”. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2922].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs