TEKS BAHASA ARAB
أما إني لا أنسى، ولكن أنسى لأشرع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adapun sesungguhnya aku tidak lupa, tetapi dilupakan untuk aku menjadi sebab pensyariatan.
STATUS
Batil tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis nombor 8941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له): ((أما إني لا أنسى، ولكن أنسى لأشرع)). [الغزالي في ((الإحياء))، ((الضعيفة)) (101)]
(Batil tiada asal baginya): Adapun sesungguhnya aku tidak lupa, tetapi dilupakan untuk aku menjadi sebab pensyariatan. [Riwayat al-Ghazālī dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 101]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.