Batil Tiada Asal Baginya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أمَا إنِّي لا أنسى، ولَكِنْ أُنَسَّى لأُشَرِّعَ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun sesungguhnya aku tidak lupa, tetapi dilupakan untuk aku menjadi sebab pensyariatan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil Tiada Asal Baginya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis no. 8941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل لا أصل له): ((أما إني لا أنسى، ولكن أنسى لأشرع)). [الغزالي في ((الإحياء))، ((الضعيفة)) (101)]
(Batil Tiada Asal Baginya): Adapun sesungguhnya aku tidak lupa, tetapi dilupakan untuk aku menjadi sebab pensyariatan. [Riwayat al-Ghazālī dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 101]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman