Adapun perkara yang menimpa Sulayman bin Dawud AS pada sebab seorang wanita daripada ahli keluarganya yang digelar Jaradah

TEKS BAHASA ARAB

كان الذي أصاب سليمان بن داود عليه السلام في سبب امرأة من أهله يقال لها جرادة. وكانت أحب نسائه إليه، وكان إذا أراد أن يأتي نساءه أو يدخل الخلاء؛ أعطاهم الخاتم، فجاء أناس من أهل الجرادة يخاصمون قوماً إلى سليمان عليه السلام، فكان هوى سليمان أن يكون الحق لأهل الجرادة فيقضي لهم، فعوقب حين لم يكن هواه فيهم واحداً، فجاء حين أراد الله أن يبتليه فأعطاها الخاتم، ودخل الخلاء، وتمثل الشيطان في صورة سليمان، قال: هاتي خاتمي. فأعطته خاتمه، فلما لبسه؛ دانت له الشياطين والإنس والجن، وكل شيء. . . الحديث بطوله؛ وفيه: أن الشيطان كان يأتي نساء سليمان وهن حيض

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun perkara yang menimpa Sulayman bin Dawud AS pada sebab seorang wanita daripada ahli keluarganya yang digelar Jaradah. Dia merupakan wanita yang paling disayanginya. Sekiranya Baginda ingin mendatangi isterinya atau memasuki tandas, Baginda akan memberikan cincin kepada mereka. Telah datang segelintir manusia daripada ahli keluarga Jaradah kepada Sulayman apabila mereka bergaduh dengan sesuatu kaum. Sulayman mengharapkan kebenaran berpihak kepada ahli Juradah maka Baginda boleh berhukum buat mereka, lalu dijatuhkan hukuman saat kecenderungannya tidak berada pada salah seorang daripada mereka. Maka telah datang di saat Allah ingin mengujinya, maka Baginda memberikan kepada mereka (isteri-isteri) cincin dan Baginda pun memasuki tandas. Lalu syaitan menyerupai rupa Sulayman dengan berkata: Berikan kepadaku cincinku, maka isterinya memberikan kepadanya. Apabila dia memakainya, lalu dia pun tunduklah kepadanya syaitan, manusia dan jin (hadith dengan panjangnya). Padanya syaitan telah datang kepada isterinya dalam keadaan mereka haid.

 

STATUS

Lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1703, hadis nombor 8575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Nasaie dalam al-Kubra, Ibn Abi Hatim dan Ibn Jarir.

Ia secara mauquf dari Ibn Abbas dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs