Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَهَمَّهُ الأَمْرُ، رَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ، فَقَالَ: ((سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ)). وَإِذَا اجْتَهَدَ فِى الدُّعَاءِ، قَالَ: ((يَا حَىُّ! يَا قَيُّومُ!)).
Teks Bahasa Melayu
Adapun Nabi SAW apabila mempunyai masalah, Baginda akan mengangkat kepala ke langit lalu berkata: “Maha Suci Allah Yang Maha Agung”. Apabila Baginda bersungguh-sungguh dalam berdoa, Baginda menyebut: “Wahai Yang Maha Hidup! Yang Maha Berdiri dengan sendirinya!.”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1557, hadis no. 7890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ -رضي الله عنه-، قال: كَانَ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَهَمَّهُ الأَمْرُ، رَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ، فَقَالَ: ((سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ)). وَإِذَا اجْتَهَدَ فِى الدُّعَاءِ، قَالَ: ((يَا حَىُّ! يَا قَيُّومُ!)) [ت، ابن السني، ((الضعيفة)) (6345)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Adapun Nabi SAW apabila mempunyai masalah, Baginda akan mengangkat kepala ke langit lalu berkata: “Maha Suci Allah Yang Maha Agung”. Apabila Baginda bersungguh-sungguh dalam berdoa, Baginda menyebut: “Wahai Yang Maha Hidup! Yang Maha Berdiri dengan sendirinya!.” [Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya, dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6345]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman