TEKS BAHASA ARAB
كان إذا رمدت عين امرأة من نسائه لم يأتها حتى تبرأ عينها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adapun Nabi SAW apabila mata isterinya sakit, Baginda tidak akan mendatanginya sehingga mata tersebut sembuh.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1758, hadis nombor 8854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها- قالت: ((كان إذا رمدت عين امرأة من نسائه لم يأتها حتى تبرأ عينها.)) [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5923)].
(Palsu)
Daripada Ummu Salamah RA berkata: “Adapun Nabi SAW apabila mata isterinya sakit, Baginda tidak akan mendatanginya sehingga mata tersebut sembuh.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5923].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.