Adapun maksud penambahan umur itu dengan zuriat yang solehah direzekikan kepada hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله لا يؤخر نفسا إذا جاء أجلها، ولكن زيادة العمر ذرية صالحة يرزقها الله العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak melewatkan (ajal) seseorang apabila datang ajalnya. Adapun maksud penambahan umur itu adalah melalui zuriat yang soleh/ah yang direzekikan kepada seorang hamba. Kemudian anak itu berdoa untuknya selepas kematiannya, maka doa-doa mereka mengikutinya di kuburnya dan itulah maksud penambahan umur.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1749, hadis nombor 8819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: ذكرنا زيادة العمر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ((إن الله لا يؤخر نفسا إذا جاء أجلها، ولكن زيادة العمر ذرية صالحة يرزقها الله العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر .)) [ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (5323، 1543)].

(Munkar)
Daripada Abi al-Darda’ RA berkata: “Kami telah menyebut tentang pertambahan umur di sisi Rasulullah SAW. Baginda menjawab: ((Sesungguhnya Allah tidak melewatkan (ajal) seseorang apabila datang ajalnya. Adapun maksud penambahan umur itu adalah melalui zuriat yang soleh/ah yang direzekikan kepada seorang hamba. Kemudian anak itu berdoa untuknya selepas kematiannya, maka doa-doa mereka mengikutinya di kuburnya dan itulah maksud penambahan umur.))
[Riwayat Ibn Abi Hatim. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1543, 5323].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.