Adapun kegelapan malam dan cahaya siang, sesungguhnya matahari itu apabila ia jatuh kebawah bumi maka akan gelaplah malam disebabkan hal itu

TEKS BAHASA ARAB

أما ظلمة الليل وضوء النهار فإن الشمس إذا سقطت تحت الأرض فأظلم الليل لذلك وإذا أضاء الصبح ابتدرها سبعون ألف ملك وهي تقاعس كراهية أن تعبد من دون الله حتى تطلع فتضيء فيطول النهار بطول مكثها فيسخن الماء لذلك، وإذا كان الصيف قل مكثها فبرد الماء لذلك، وأما الجراد فإنه نثرة حوت في البحر يقال له: الإيوان، وفيه يهلك. وأما منشأ السحاب فإنه ينشأ من قبل الخافقين، ومن بين الخافقين تلجمه الصبا والجنوب ويستدبره الشمال والدبور، وأما الرعد فإنه ملك بيده مخراق يدني القاصية، ويؤخر الدانية، فإذا رفع برقت، وإذا زجر رعدت، وإذا ضرب صعقت، وأما ما للرجل من الولد وما للمرأة فإن للرجل العظام والعروق والعصب، وللمرأة اللحم والدم والشعر، وأما البلد الأمين فمكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

dapun berkenaan kegelapan malam dan cahaya siang, sesungguhnya matahari itu apabila ia jatuh ke bawah bumi maka akan gelaplah malam disebabkan hal itu, dan apabila munculnya cahaya Subuh, maka 70 ribu malaikat akan bergegas ke arahnya dan ia terbit lewat kerana tidak mahu ia disembah selain daripada Allah sehingga apabila ia terbit lalu ia bercahaya. Maka akan panjangnya siang dengan panjang keberadaannya lalu ia memanaskan air oleh hal tersebut. Apabila musim panas, maka kurang keberadaannya lalu air menjadi sejuk disebabkan hal itu. Adapun belalang maka ia dikeluarkan oleh ikan paus daripada hidungnya di laut. Dikatakan baginya: al-Iwan dan di dalamya juga ia akan musnah. Adapun tempat permulaan awan ia muncul daripada dua arah (timur dan barat) dan di antara dua arah itu, ia menguasai al-Saba dan selatan serta membelakangi utara dan al-Dabur. Adapun guruh, maka sesungguhnya ia malaikat yang ditangannya terdapat pedang yang akan merendahkan suatu yang jauh dan melewatkan suatu yang dekat. Apabila ia mengangkat, ia menjadi kilat, apabila ia memarahi ia akan menjadi guruh. Apabila ia memukul ia mengeluarkan bunyi dentuman. Adapun tentang suatu untuk lelaki daripada anak dan suatu bagi wanita ialah bagi lelaki tulang, peluh dan saraf. Bagi wanita pula, daging, darah dan rambut. Adapun negeri yang aman adalah Mekah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1653-1654, hadis nombor 8348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- أن خزيمة بن ثابت وليس بالأنصاري قال: "يا رسول الله أخبرني عن ضوء النهار وظلمة الليل وعن حر الماء في الشتاء وعن برده في الصيف، وعن البلد الأمين، وعن منشأ السحاب، وعن مخرج الجراد، وعن الرعد والبرق وعما للرجل من الولد وما للمرأة"، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أما ظلمة الليل وضوء النهار فإن الشمس إذا سقطت تحت الأرض فأظلم الليل لذلك وإذا أضاء الصبح ابتدرها سبعون ألف ملك وهي تقاعس كراهية أن تعبد من دون الله حتى تطلع فتضيء فيطول النهار بطول مكثها فيسخن الماء لذلك، وإذا كان الصيف قل مكثها فبرد الماء لذلك، وأما الجراد فإنه نثرة حوت في البحر يقال له: الإيوان، وفيه يهلك. وأما منشأ السحاب فإنه ينشأ من قبل الخافقين، ومن بين الخافقين تلجمه الصبا والجنوب ويستدبره الشمال والدبور، وأما الرعد فإنه ملك بيده مخراق يدني القاصية، ويؤخر الدانية، فإذا رفع برقت، وإذا زجر رعدت، وإذا ضرب صعقت، وأما ما للرجل من الولد وما للمرأة فإن للرجل العظام والعروق والعصب، وللمرأة اللحم والدم والشعر، وأما البلد الأمين فمكة)). [طس، ((الضعيفة)) (292)].

(Batil)
Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’: Sesungguhnya Khuzaimah bin Thabit-dia bukan seorang al-Ansar- telah berkata: "Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang cahaya siang, kegelapan malam, kepanasan air ketika musim sejuk, kesejukannya ketika musim panas, negeri yang aman, tempat permulaan awan, tempat keluar belalang, guruh dan kilat, tentang apa bagi lelaki daripada anak dan apa bagi wanita?". Jawab baginda SAW: ((Adapun berkenaan kegelapan malam dan cahaya siang, sesungguhnya matahari itu apabila ia jatuh ke bawah bumi maka akan gelaplah malam disebabkan hal itu, dan apabila munculnya cahaya Subuh, maka 70 ribu malaikat akan bergegas ke arahnya dan ia terbit lewat kerana tidak mahu ia disembah selain daripada Allah sehingga apabila ia terbit lalu ia bercahaya. Maka akan panjangnya siang dengan panjang keberadaannya lalu ia memanaskan air oleh hal tersebut. Apabila musim panas, maka kurang keberadaannya lalu air menjadi sejuk disebabkan hal itu. Adapun belalang maka ia dikeluarkan oleh ikan paus daripada hidungnya di laut. Dikatakan baginya: al-Iwan dan di dalamya juga ia akan musnah. Adapun tempat permulaan awan ia muncul daripada dua arah (timur dan barat) dan di antara dua arah itu, ia menguasai al-Saba dan selatan serta membelakangi utara dan al-Dabur. Adapun guruh, maka sesungguhnya ia malaikat yang ditangannya terdapat pedang yang akan merendahkan suatu yang jauh dan melewatkan suatu yang dekat. Apabila ia mengangkat, ia menjadi kilat, apabila ia memarahi ia akan menjadi guruh. Apabila ia memukul ia mengeluarkan bunyi dentuman. Adapun tentang suatu untuk lelaki daripada anak dan suatu bagi wanita ialah bagi lelaki tulang, peluh dan saraf. Bagi wanita pula, daging, darah dan rambut. Adapun negeri yang aman adalah Mekah)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 292].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs