Adapun kamu wahai Abū Bakar dan orang-orang mukmin yang lain, kalian akan dibalas di dunia

TEKS BAHASA ARAB

أما أنت يا أبا بكر والمؤمنون؛ فتجزون بذلك في الدنيا حتى تلقوا الله وليس لكم ذنوب، وأما الآخرون فيجمع ذلك لهم حتى يجزوا به يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun kamu wahai Abū Bakar dan orang-orang mukmin yang lain, kalian akan dibalas di dunia sehingga kalian berjumpa Allah, dan kalian tiada dosa. Adapun orang lain, maka akan dihimpun kesemuanya sehingga diberi balasan pada hari kiamat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1817, hadis nombor 9159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر الصديق -رضي الله عنه-، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فأنزلت عليه هذه الآية {من يعمل سوءا يجز به ولا يجد له من دون الله وليا ولا نصيرا}، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا أبا بكر ألا أقرئك آية أنزلت عليّ؟)) قلت: بلى يا رسول الله، قال: فأقرأنيها فلا أعلم إلا أني وجدت في ظهري انقصاما، فتمطأت لها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما شأنك يا أبا بكر؟)) قلت: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي وأينا لم يعمل سوءا، وإنا لمجزيون بما عملنا؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أما أنت يا أبا بكر والمؤمنون؛ فتجزون بذلك في الدنيا حتى تلقوا الله وليس لكم ذنوب، وأما الآخرون فيجمع ذلك لهم حتى يجزوا به يوم القيامة)). [ت، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (2924)]

(Lemah) Daripada Abū Bakar al-Ṣiddīq RA, beliau berkata: Aku bersama Nabi SAW, lalu diturunkan kepada baginda ayat al-Quran: {Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain daripada Allah}, dan Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abū Bakar! Tidakkah engkau mahu aku membacakan kepadamu ayat al-Quran yang turun kepadaku?” Aku menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah SAW. Beliau berkata: Baginda membacakannya kepadaku. Tidaklah aku tahu kecuali aku dapati pada belakangku ini kerapuhan. Lalu aku meregangkan baginya. Rasulullah SAW bersabda: “Apakah perihalmu ini, wahai Abū Bakar?” Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa saja untukmu walau ayahku dan ibuku menjadi galang ganti, siapakah antara kita tidak akan melakukan kejahatan, dan kita akan diberi balasan dengan apa yang kita lakukan? Rasulullah SAW bersabda: “Adapun kamu wahai Abū Bakar dan orang-orang mukmin yang lain, kalian akan dibalas di dunia sehingga kalian berjumpa Allah, dan kalian tiada dosa. Adapun orang lain, maka akan dihimpun kesemuanya sehingga diberi balasan pada hari kiamat kelak”. [Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2924]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs