Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abū Bakr! Kalian akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia

Teks Bahasa Arab

أمَّا أنتَ يا أبا بكرٍ والمؤمِنونَ؛ فتُجزَوْنَ بذلكَ في الدنيا حتى تَلْقَوُا اللهَ وليسَ لكمْ ذُنوبٌ، وأمَّا الآخَرُونَ فيُجمَعُ ذلكَ لهمْ حتى يُجْزَوا بهِ يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abū Bakr! Kalian akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia sehingga kalian bertemu Allah dalam keadaan kalian tidak lagi memiliki dosa. Manakala golongan lain, akan dihimpunkan dosa kejahatan tersebut sehingga mereka dibalas pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1448, hadis no. 7367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر الصديق -رضي الله عنه-، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فأنزلت عليه هذه الآية {من يعمل سوءا يجز به ولا يجد له من دون ٱلله وليا ولا نصيرا}، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا أبا بكر! ألا أقرئك آية أنزلت علي؟)) قلت: بلى يا رسول الله، قال: فأقرأنيها، فلا أعلم إلا أني وجدت في ظهري انقصاما، فتمطأت لها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ما شأنك يا أبا بكر؟)) قلت: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي وأينا لم يعمل سوءا، وإنا لمجزيون بما عملنا؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: [((أما أنت يا أبا بكر والمؤمنون؛ فتجزون بذلك في الدنيا حتى تلقوا الله وليس لكم ذنوب، وأما الآخرون فيجمع ذلك لهم حتى يجزوا به يوم القيامة))]. [ت، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (2924)].

(Lemah) Daripada Abū Bakr al-Ṣiddīq RA, beliau berkata: Suatu ketika aku berada bersama Nabi SAW, lalu turun kepada baginda ayat ini: {Sesiapa yang melakukan kejahatan, akan dibalas kerana kejahatan tersebut dan dia tidak mendapati adanya wali dan penolong selain Allah} [Surah al-Nisā’ ayat 123]. Rasulullah SAW lalu bersabda: “Wahai Abū Bakr! Mahukah kamu aku bacakan kepadamu satu ayat yang telah turun kepadaku?”. Aku menjawab: “Mahu, wahai Rasulullah!”. Abū Bakr berkata: Lalu Baginda pun membacakan kepadaku ayat tersebut, aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku mendapati belakangku tertunduk, aku pun terbongkok kerananya. Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: “Mengapakah dengan kamu, wahai Abū Bakr?”. Aku menjawab: “Wahai Rasulullah! Apa saja untukmu wahai Rasulullah walaupun dengan ayah dan ibuku sebagai tebusan! Siapakah dalam kal angan kita yang tidak pernah berbuat jahat? Adakah kita benar-benar dibalas terhadap apa yang telah kita lakukan?”. Rasulullah SAW menjawab: “Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abū Bakr! Kalian akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia sehingga kalian bertemu Allah dalam keadaan kalian tidak lagi memiliki dosa. Manakala golongan lain, akan dihimpunkan dosa kejahatan tersebut sehingga mereka dibalas pada hari kiamat”. [Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2924]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.