Adapun Ibrahim AS apabila tibanya waktu pagi, baginda berkata: “(Maha suci Allah Ketika kamu berada di waktu malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن معاذ بن أنس، في قوله: تعالى (وإبراهيم الذي وفى) رفعه قال: (كان إبراهيم عليه السلام إذا أصبح قال: (سبحان الله حين تمسون، وحين تصبحون … ) الآيات)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Mu’az bin Anas RA pada firman Allah: “Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya).” [al-Najm: 37] Beliau menyandarkan secara marfu katanya: Adapun Ibrahim AS apabila tibanya waktu pagi, baginda berkata: “(Maha suci Allah Ketika kamu berada di waktu malam dan Ketika kamu berada di waktu siang. ….”


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1688, hadis nombor 8513. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Muaz bin Anas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon