Adapun Hasan, beliau mewarisi keterampilan dan kepimpinanku

TEKS BAHASA ARAB

أما حسن فله هيبتي وسؤددي وأما حسين فإن له جرأتي وجودي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun Hasan, beliau mewarisi keterampilan dan kepimpinanku. Husain pula mewarisi keberanian dan kemurahan hatiku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1105, hadis nombor 5599. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن فاطمة رضي الله عنها، أنها أتت بالحسن والحسين إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في شكواه الذي توفي فيه فقالت: يا رسول الله هذان ابناك فوَرِّثْهُما شيئًا فقال: أَمَّا حَسَنٌ فَلَهُ هَيْبَتِي وَسُؤْدُدِي وَأَمَّا حُسَيْنٌ فَإنَّ لَهُ جُرْأَتِي وَجُودِي. [طب، الضعيفة (7055)].

(Lemah) Daripada Fatimah RA, beliau membawa Hasan dan Husain kepada Rasulullah saw yang ketika itu sedang sakit yang mana baginda wafat padanya, beliau turut membawa bersama al-Hasan dan al-Husain. Beliau berkata, Wahai Rasulullah, dua anak ini merupakan keturunanmu, wariskanlah sesuatu untuk mereka berdua”. Baginda bersabda: Adapun Hasan, beliau memiliki keterampilan dan kepimpinanku. Husain pula mewarisi keberanian dan kemurahan hatiku. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir; al-Da‘ifah, no. 7055]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs