Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَمَّا إِنَّكَ سَتُلْقََى بَعْدِي جُهْدًا.
Teks Bahasa Melayu
Adapun engkau (wahai 'Ali) akan bertemu kesusahan selepas kewafatanku.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1859, hadis no. 9382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي: ((أما إنك ستلقى بعدي جهدا)). [ك، {الضعيفة} (٤٩٠٦)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, berkata: Rasulullah SAW berkata kepada Ali: “Adapun engkau (wahai 'Ali) akan bertemu kesusahan selepas kewafatanku.” [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4906]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman