Adapun aku, aku sujud di atas tujuh anggota dan aku tidak menyelak rambut dan tidak juga menyenteng baju

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما أنا فأسجد على سبعة أعظم، ولا أكف شعرا ولا ثوبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun aku, aku sujud di atas tujuh anggota dan aku tidak menyelak rambut dan tidak juga menyenteng baju.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 367, hadis nombor 1958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أما أنا فأسجد على سبعة أعظم، ولا أكف شعرا ولا ثوبا». [طب، «الضعيفة» (7054)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Adapun aku, aku sujud di atas tujuh anggota dan aku tidak menyelak rambut dan tidak juga menyenteng baju". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 7054].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.