Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أما أنا فأسجدُ على سبعةِ أعظُمٍ، ولا أَكُفُّ شِعرًا ولا ثوبًا.
Teks Bahasa Melayu
Adapun aku, aku sujud di atas tujuh anggota dan aku tidak menyelak rambut dan tidak juga menyenteng baju.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 367, hadis no. 1958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أما أنا فأسجد على سبعة أعظم، ولا أكف شعرا ولا ثوبا». [طب، «الضعيفة» (7054)].
(Terlalu Daif) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Adapun aku, aku sujud di atas tujuh anggota dan aku tidak menyelak rambut dan tidak juga menyenteng baju". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 7054].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman