Adam AS telah datang ke Ka’bah ini sebanyak 1000 kali dari India dengan kedua kakinya dan tidak menaiki apa-apa

TEKS BAHASA ARAB

قد أتى آدم عليه السلام هذا البيت ألف آتية من الهند على رجليه لم يركب فيهن، من ذلك ثلاث مئة حجة وسبع مئة عمرة، وأول حجة حجها آدم عليه السلام وهو واقف بعرفات أتاه جبريل عليه السلام فقال: السلام عليك يا آدم بر الله نسكك، أما إنا قد طفنا هذا البيت قبل أن تخلق بخمسة آلاف سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adam AS telah datang ke Ka’bah ini sebanyak 1000 kali dari India dengan kedua kakinya dan tidak menaiki apa-apa. Daripada jumlah tersebut, 300 merupakan haji dan 700 adalah umrah. Haji pertama yang Adam AS telah lakukan, sedang baginda berdiri di Arafah, Jibril AS datang kepadanya dan berkata: Assalamu’alaikum wahai Adam! Semoga Allah menjadikan haji kamu haji yang mabrur. Adapun kami, kami telah bertawaf di sekeliling Ka’bah sebelum kamu diciptakan selama 5000 tahun

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis nombor 8368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((قد أتى آدم عليه السلام هذا البيت ألف آتية من الهند على رجليه لم يركب فيهن، من ذلك ثلاث مئة حجة وسبع مئة عمرة، وأول حجة حجها آدم عليه السلام وهو واقف بعرفات أتاه جبريل عليه السلام فقال: السلام عليك يا آدم بر الله نسكك، أما إنا قد طفنا هذا البيت قبل أن تخلق بخمسة آلاف سنة)). [ابن بشران، ((الضعيفة)) (286)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Adam AS telah datang ke Ka’bah ini sebanyak 1000 kali dari India dengan kedua kakinya dan tidak menaiki apa-apa. Daripada jumlah tersebut, 300 merupakan haji dan 700 adalah umrah. Haji pertama yang Adam AS telah lakukan, sedang baginda berdiri di Arafah, Jibril AS datang kepadanya dan berkata: Assalamu’alaikum wahai Adam! Semoga Allah menjadikan haji kamu haji yang mabrur. Adapun kami, kami telah bertawaf di sekeliling Ka’bah sebelum kamu diciptakan selama 5000 tahun)).
[Riwayat Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 286].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs