Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَدْ أَتَى آدَمُ عَلَيْهِ السَّلَامُ هَذَا الْبَيْتَ أَلْفَ آتِيَةٍ مِنَ الْهِنْدِ عَلَى رِجْلَيْهِ لَمْ يَرْكَبْ فِيهِنَّ .مِنْ ذَلِكَ ثَلَاثُ مِائةِ حَجَّةٍ، وَسَبْعُ مِائةِ عُمرَةٍ، وَأَوَّلُ حَجَّةٍ حَجَّها آدَمُ وَهُوَ وَاقِفٌ بِعَرَفَاتٍ أتَاهُ جِبْرِيلُ، فَقَالَ: السَّلامُ عليْكَ يَا آدَمُ، بَرَّ اللَّهُ نُسُكَكَ، أَمَّا إِنَّا قَدْ طُفْنَا هَذَا الْبَيْتِ قَبْلَ أَنْ تُخُلَقَ بِخَمْسَةِ آلَافِ سَنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Adam AS telah datang ke Ka’bah ini sebanyak 1000 kali dari India dengan kedua kakinya dan tidak menaiki apa-apa. Daripada jumlah tersebut, 300 merupakan haji dan 700 adalah umrah. Haji pertama yang Adam AS telah lakukan, sedang baginda berdiri di Arafah, Jibril AS datang kepadanya dan berkata: Assalamu’alaikum wahai Adam! Semoga Allah menjadikan haji kamu haji yang mabrur. Adapun kami, kami telah bertawaf di sekeliling Ka’bah sebelum kamu diciptakan selama 5000 tahun
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis no. 8368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Adam AS telah datang ke Ka’bah ini sebanyak 1000 kali dari India dengan kedua kakinya dan tidak menaiki apa-apa. Daripada jumlah tersebut, 300 merupakan haji dan 700 adalah umrah. Haji pertama yang Adam AS telah lakukan, sedang baginda berdiri di Arafah, Jibril AS datang kepadanya dan berkata: Assalamu’alaikum wahai Adam! Semoga Allah menjadikan haji kamu haji yang mabrur. Adapun kami, kami telah bertawaf di sekeliling Ka’bah sebelum kamu diciptakan selama 5000 tahun)). [Riwayat Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 286].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman