Adalah sebahagian daripada sunnah; seseorang itu bertayammum untuk menunaikan satu solat sahaja

TEKS BAHASA ARAB

من السنة أن لا يصلي الرجل بالتيمم إلا صلاة واحدة ثم يتيمم للصلاة الأخرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah sebahagian daripada sunnah; seseorang itu bertayammum untuk menunaikan satu solat sahaja dan kemudian bertayammum semula untuk menunaikan solat yang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis nombor 1822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: ((من السنة أن لا يصلي الرجل بالتيمم إلا صلاة واحدة ثم يتيمم للصلاة الأخرى)).
[طب، قط، هق، ((الضعيفة)) (423)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: Adalah sebahagian daripada sunnah; seseorang itu bertayamum untuk menunaikan satu solat sahaja dan kemudian bertayammum semula untuk menunaikan solat yang lain.
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr, al-Dāraqutnī dalam Sunannya, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 423]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs