Adalah (Rasulullah) sedang berjunub lalu mandi, setelah itu Baginda menghangatkan diriku sebelum aku mandi

TEKS BAHASA ARAB

كان يجنب، فيغتسل، ثم يستدفئ بي قبلى أن أغتسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah (Rasulullah) sedang berjunub lalu mandi, setelah itu Baginda menghangatkan diriku sebelum aku mandi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis nombor 4932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: كان يجنب، فيغتسل، ثم يستدفئ بي قبلى أن أغتسل.
[ابن الجعد في ((مسنده))، البغوي ((الضعيفة))(5657)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Aishah RA: Telah berkata: Adalah (Rasulullah) sedang berjunub lalu mandi, setelah itu Baginda menghangatkan diriku sebelum aku mandi.
[Riwayat Ibn al-Ja’du dalam Musannadnya dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5657].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.