Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يُجْنِبُ، فيغتَسِلُ، ثم يَسْتَدْفِئ بي قبلىَ أَنْ أغتَسِلَ.
Teks Bahasa Melayu
Adalah (Rasulullah) sedang berjunub lalu mandi, setelah itu Baginda menghangatkan diriku sebelum aku mandi.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis no. 4932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: كان يجنب، فيغتسل، ثم يستدفئ بي قبلى أن أغتسل. [ابن الجعد في مسنده، البغوي الضعيفة(5657)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Aishah RA: Telah berkata: Adalah (Rasulullah) sedang berjunub lalu mandi, setelah itu Baginda menghangatkan diriku sebelum aku mandi. [Riwayat Ibn al-Ja’du dalam Musannadnya dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5657].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman