Adalah Rasulullah SAW menghadiri majlis perkahwinan seorang lelaki Ansar, lalu ditaburkan buah-buahan dan manisan buah ke atas kepalanya lalu Nabi SAW menyuruh mereka untuk merebut

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حضر إملاك رجل من الأنصار فنثرت الفاكهة والسكر على رأسه فأمرهم بالانتهاب وقال: إنما نهيتكم عن نهبة العساكر


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Adalah Rasulullah SAW menghadiri majlis perkahwinan seorang lelaki Ansar, lalu ditaburkan buah-buahan dan manisan buah ke atas kepalanya lalu Nabi SAW menyuruh mereka untuk merebut (buah-buahan dan manisan itu) lalu baginda bersabda: “Hanyalah aku melarang kamu daripada rampasan tentera”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه العقيلي عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: بشر بن إبراهيم الأنصاري يروي الموضوعات.
وقد أخرجه الطبراني في الأوسط وأشار إليه البيهقي في سننه وقال: إسناده مجهول.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Bisyr bin Ibrahim al-Ansari yang meriwayatkan hadith-hadith palsu.
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam kitabnya al-Ausath, al-Baihaqi mengisyaratkan di dalam kitab Sunannya bahawa pada sanad hadith ini terdapat perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs