Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حضر إملاك رجل من الأنصار فنثرت الفاكهة والسكر على رأسه فأمرهم بالانتهاب وقال: إنما نهيتكم عن نهبة العساكر
Teks Bahasa Melayu
Hadith: “Adalah Rasulullah SAW menghadiri majlis perkahwinan seorang lelaki Ansar, lalu ditaburkan buah-buahan dan manisan buah ke atas kepalanya lalu Nabi SAW menyuruh mereka untuk merebut (buah-buahan dan manisan itu) lalu baginda bersabda: “Hanyalah aku melarang kamu daripada rampasan tentera”
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 124, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن عائشة مرفوعا وفي إسناده: بشر بن إبراهيم الأنصاري يروي الموضوعات. وقد أخرجه الطبراني في الأوسط وأشار إليه البيهقي في سننه وقال: إسناده مجهول.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Bisyr bin Ibrahim al-Ansari yang meriwayatkan hadith-hadith palsu. Al-Tabarani meriwayatkan di dalam kitabnya al-Ausath, al-Baihaqi mengisyaratkan di dalam kitab Sunannya bahawa pada sanad hadith ini terdapat perawi yang tidak dikenali.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman