Adalah Nabi SAW apabila didatangkan dengan minyak yang berkualiti, Baginda akan menjilat sedikit daripadanya kemudian berminyak dengannya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أتي بمدهن الطيب، لعق منه، ثم ادهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah Nabi SAW apabila didatangkan dengan minyak yang berkualiti, Baginda akan menjilat sedikit daripadanya kemudian berminyak dengannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1647, hadis nombor 8326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحكم بن عبد الله الأيلي، قال: قدم سليمان بن عبد الملك المدينة، فدخل عليه القاسم وسالم بن عبد الله، قال: وإذا سالم أحسنهما كِدنة. فقال: يا أبا عمر! ما طعامك؟ قال: الخبز والزيت. قال: وتشتهيه؟ قال: أدعه حتى أشتهيه. قال: ثم دعا لهما بـ (غالية) (1) ، وجاءت جارية وضيئة الوجه، مديدة القامة، فذهبت تغلفهما، فقال: تنحي عنا. ثم تناولا المدهن، فلعقا منه، ثم ادهنا، ثم قالا: (كان إذا أُتي بمدهنِ الطيب، لعق منه، ثم ادهن). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6632)].

(Mawdu’)
Daripada al-Hakam bin Abdillah al-Ayli berkata: Telah datang Sulaiman bin Abdul Malik ke Madinah. Lalu al-Qasim dan Salim bin Abdillah datang bertemunya . (al-Hakam) berkata: Salim merupakan yang paling baik bentuk badannya antara keduanya. Lalu dia berkata: "Wahai Abi Umar! Apakah makanan kamu?" Dia menjawab: "Roti dan minyak". Dia berkata: "Kamu ingin makannya?" Dia menjawab: "Biarkan ia sehingga aku inginkannya". Dia berkata: Kemudian dia memesan ‘ghaliah'(suatu wangian dari campuran kasturi, ‘anbar, ‘oud dan minyak) buat kedua mereka. Kemudian telah datang seorang hamba wanita yang cerah wajahnya dan tinggi lampai mengelilingi mereka berdua. Dia berkata: "Jauhkan dirimu daripada kami". Kemudian mereka berdua memakan (menikmati) minyak, dan menjilat minyak yang berbaki di jari mereka serta berminyak dengannya. Serentak mereka berdua menyebutkan: (Dahulu, Nabi SAW apabila didatangkan dengan minyak yang berkualiti, Baginda akan menjilat sedikit daripadanya kemudian berminyak dengannya).
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6632].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs