Adalah baginda ketika membaca: "Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا تلا {غير المغضوب عليهم ولا الضالين}، قال: آمين، حتى يسمع من يليه من الصف الأول [فيرتج بها المسجد].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda ketika membaca: "Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat", baginda mengucapkan: "Amin", sehingga baginda memperdengarkan mereka yang berada di belakangnya pada saf pertama [lalu masjid bergegar dengan ucapan itu].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis nombor 1855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، مرفوعاً: «كان إذا تلا {غَيرِ المغضوبِ عليهِم ولا الضَّالينَ}، قالَ: آمينَ، حتَّى يُسمِعَ مَن يليه منَ الصفِّ الأولِ [فيرتجُّ بها المسجدُ]». [د، هـ، «الضعيفة» (952)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Adalah baginda ketika membaca: "Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat", baginda mengucapkan: "Amin", sehingga baginda memperdengarkan mereka yang berada di belakangnya pada saf pertama [lalu masjid bergegar dengan ucapan itu]. [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 952].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.