TEKS BAHASA ARAB
كان يقول – بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا -: اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق …
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adalah baginda itu setelah takbir, selepas berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri", baginda mengucapkan: "Ya Allah milik-Mu segala pujian. Engkau cahaya sekalian langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Engkau adalah Yang Maha Benar…"
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 309, hadis nombor 1628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان يقول – بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا -: اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق …)). [طب، ((الضعيفة)) (5378)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, dia berkata: Adalah baginda itu setelah takbir, selepas berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri", baginda mengucapkan: "Ya Allah milik-Mu segala pujian. Engkau cahaya sekalian langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Engkau adalah Yang Maha Benar…" [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5378].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.