Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يَقُولُ - بَعْدَ التَّكْبِيرِ وَبَعْدَ أَنْ يَقُول:َ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا -: اللهُمَّ! لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، أَنْتَ الْحَقُّ ...
Teks Bahasa Melayu
Adalah baginda itu setelah takbir, selepas berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri", baginda mengucapkan: "Ya Allah milik-Mu segala pujian. Engkau cahaya sekalian langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Engkau adalah Yang Maha Benar..."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 309, hadis no. 1628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان يقول - بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا -: اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق ...)). [طب، ((الضعيفة)) (5378)].
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA, dia berkata: Adalah baginda itu setelah takbir, selepas berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri", baginda mengucapkan: "Ya Allah milik-Mu segala pujian. Engkau cahaya sekalian langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Engkau adalah Yang Maha Benar..." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5378].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman