Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Adalah baginda itu menyaringkan bacaan "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" dalam solat

Teks Bahasa Arab

كَانَ يَجْهَر بِـ{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} في الصلاة.

Teks Bahasa Melayu

Adalah baginda itu menyaringkan bacaan "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" dalam solat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 339, hadis no. 1777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ - رضي الله عنهما -، مرفوعًا: ((كَانَ يَجْهَر بِـ{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ} في الصلاة)). [البزار، ((الضعيفة)) (6429)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Adalah baginda itu menyaringkan bacaan "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" dalam solat. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6429].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.