Adalah baginda itu mendirikan empat rakaat sebelum Jumaat dan empat rakaat selepasnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي قبل الجمعة أربعا، وبعدها أربعا، يجعل التسليم في آخرهن ركعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda itu mendirikan empat rakaat sebelum Jumaat dan empat rakaat selepasnya. Baginda memberikan salam pada rakaatnya yang terakhir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 309, hadis nombor 1627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي – رضي الله عنه -، قال: ((كان يصلي قبل الجمعة أربعًا، وبعدها أربعًا، يجعل التسليم في آخرهن ركعة)). [ابن حبان في ((الثقات)) ، طس، ((الضعيفة)) (5290)].

(Munkar) Daripada Ali RA, dia berkata: “Adalah baginda itu mendirikan empat rakaat sebelum Jumaat dan empat rakaat selepasnya. Baginda memberikan salam pada rakaatnya yang terakhir.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5290].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.