Adalah baginda itu membenci al-Kayy (rawatan dengan besi panas) dan makanan yang panas

TEKS BAHASA ARAB

كان يكره الكي، والطعام الحار، ويقول: عليكم بالبارد فإنه ذو بركة، ألا وإن الحار لا بركة فيه، وكانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda itu membenci al-Kayy (rawatan dengan besi panas) dan makanan yang panas. Baginda juga bersabda: "Hendaklah kalian ambil yang sejuk kerana ia mempunyai berkat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang panas itu tiada berkat padanya". Baginda juga ada memiliki bekas celak yang baginda guna untuk bercelak darinya ketika hendak tidur (sebanyak) tiga kali, tiga kali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis nombor 2103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «كان يكره الكي، والطعام الحار، ويقول: عليكم بالبارد فإنه ذو بركة، ألا وإن الحار لا بركة فيه، وكانت له مكحلة يكتحل منها عند النوم ثلاثا ثلاثا». [حل، «الضعيفة» (1598)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Adalah baginda itu membenci al-Kayy (rawatan dengan besi panas) dan makanan yang panas. Baginda juga bersabda: "Hendaklah kalian ambil yang sejuk kerana ia mempunyai berkat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang panas itu tiada berkat padanya". Baginda juga ada memiliki bekas celak yang baginda guna untuk bercelak darinya ketika hendak tidur (sebanyak) tiga kali, tiga kali". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1598].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs