Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يكرهُ الكيَّ، والطَّعامَ الحارَ، ويقولُ: عليكُم بالباردِ فإنَّه ذو بركةٍ، ألا وإنَّ الحارّ لا بركةَ فيه، وكانت لهُ مُكحلةٌ يكتحلُ منها عند النَّومِ ثلاثًا ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
Adalah baginda itu membenci al-Kayy (rawatan dengan besi panas) dan makanan yang panas. Baginda juga bersabda: "Hendaklah kalian ambil yang sejuk kerana ia mempunyai berkat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang panas itu tiada berkat padanya". Baginda juga ada memiliki bekas celak yang baginda guna untuk bercelak darinya ketika hendak tidur (sebanyak) tiga kali, tiga kali.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis no. 2103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Adalah baginda itu membenci al-Kayy (rawatan dengan besi panas) dan makanan yang panas. Baginda juga bersabda: "Hendaklah kalian ambil yang sejuk kerana ia mempunyai berkat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang panas itu tiada berkat padanya". Baginda juga ada memiliki bekas celak yang baginda guna untuk bercelak darinya ketika hendak tidur (sebanyak) tiga kali, tiga kali". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1598].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman