Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا اسْتَسْقَى، قَالَ: اللهُمَّ! أَنْزِلْ فِي أَرْضِنَا زِينَتَهَا وَسَكَنَهَا، [وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ].
Teks Bahasa Melayu
Adalah baginda itu apabila melakukan istisqa' meminta hujan, baginda berdoa: “Ya Allah! Turunkanlah pada bumi kami ini perhiasannya dan ketenangannya, [dan kurniakanlah kami rezeki, sedangkan Engkaulah adalah sebaik-baik pemberi rezeki].”
Sahabat Perawi
- Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322-323, hadis no. 1702. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة - رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا استسقى، قال: اللهم! أنزل في أرضنا زينتها وسكنها، [وارزقنا وأنت خير الرازقين])). [البزار، طب، ((الضعيفة)) (5634)].
(Daif) Daripada Samurah RA, beliau berkata: Adalah baginda itu apabila melakukan istisqa' meminta hujan, baginda berdoa: “Ya Allah! Turunkanlah pada bumi kami ini perhiasannya dan ketenangannya, [dan kurniakanlah kami rezeki, sedangkan Engkaulah adalah sebaik-baik pemberi rezeki].” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5634].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman