Adalah baginda itu apabila masuk ke dalam rumah baginda, baginda akan mengucapkan: Salam sejahtera ke atas kami daripada Tuhan kami

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل بيته؛ يقول: السلام علينا من ربنا؛ التحيات الطيبات المباركات لله، سلام عليكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda itu apabila masuk ke dalam rumah baginda, baginda akan mengucapkan: “Salam sejahtera ke atas kami daripada Tuhan kami. Ucapan hormat yang baik lagi berkat buat Allah. Salam sejahtera ke atas kalian”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول اللہ ﷺ: «كان إذا دخل بيته؛ يقول: السلام علينا من ربنا؛ التحيات الطيبات المباركات لله، سلام علیكم». [هب، «الضعيفة» (6187)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ: itu apabila masuk ke dalam rumah baginda, baginda akan mengucapkan: “Salam sejahtera ke atas kami daripada Tuhan kami. Ucapan hormat yang baik lagi berkat buat Allah. Salam sejahtera ke atas kalian”. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6187].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs