Adalah baginda itu apabila makan tengah hari, baginda tidak lagi makan malam

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا تغدى؛ لم يتعش، وإذا تعشى؛ لم يتغد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda itu apabila makan tengah hari, baginda tidak lagi makan malam dan apabila baginda makan malam, baginda tidak lagi makan tengah hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis nombor 2047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطاء بن أبي رباح، قال: دعي أبو سعيد الخدري إلى وليمة، فرأى صفرة وخضرة فقال: «كان إذا تغدى؛ لم يتعش، وإذا تعشى؛ لم يتغد». [ابن بشران، حل، ابن عساكر في جزء «أخبار لحفظ القرآن»، «الضعيفة» (250)].

(Lemah) Daripada ‘Ata‘ bin Abu Rabah, beliau berkata: Abu Sa‘id al-Khudri telah diundang ke sebuah kenduri, lalu beliau melihat (sayuran bewarna) kuning dan hijau, lalu beliau berkata: "Adalah baginda itu apabila makan tengah hari, baginda tidak lagi makan malam dan apabila baginda makan malam, baginda tidak lagi makan tengah hari". [Riwayat Ibn Bishran, Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah dan Ibn ‘Asakir dalam Juz' Akhbar li Hifz al-Quran. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 250].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs