Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا تَغَدَّى؛ لم يَتَعَشَّ، وإذا تَعَشَّى؛ لم يَتَغَدَّ.
Teks Bahasa Melayu
Adalah baginda itu apabila makan tengah hari, baginda tidak lagi makan malam dan apabila baginda makan malam, baginda tidak lagi makan tengah hari.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Ata‘ bin Abu Rabah, beliau berkata: Abu Sa‘id al-Khudri telah diundang ke sebuah kenduri, lalu beliau melihat (sayuran bewarna) kuning dan hijau, lalu beliau berkata: "Adalah baginda itu apabila makan tengah hari, baginda tidak lagi makan malam dan apabila baginda makan malam, baginda tidak lagi makan tengah hari". [Riwayat Ibn Bishran, Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah dan Ibn ‘Asakir dalam Juz' Akhbar li Hifz al-Quran. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 250].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman