Adalah baginda apabila memasuki masjid

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل المسجد، قال: باسم الله، اللهم صل على محمد، وإذا خرج، قال: باسم الله، اللهم صل على محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda apabila memasuki masjid, baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad. Manakala apabila baginda keluar, baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad.

STATUS

Munkar dengan sebutan "basmalah"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 375, hadis nombor 1987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: «البسملة») عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -: «كان إذا دخل المسجد، قال: باسم الله، اللهم صل على محمد، وإذا خرج، قال: باسم الله، اللهم صل على محمد». [ابن السني، «الضعيفة» (6953)].

(Munkar Dengan Sebutan "Basmalah") Daripada Anas bin Malik RA: "Adalah baginda apabila memasuki masjid, baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad. Manakala apabila baginda keluar, baginda akan mengucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad". [Riwayat Ibn al-Sunni dalam 'Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6953].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs