Adalah baginda apabila memasuki bulan Ramadan, akan berubah warnanya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل رمضان، تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda apabila memasuki bulan Ramadan, akan berubah warnanya, banyak solatnya dan bersungguh dalam berdoa. Aku pula merasa bimbang akannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 375, hadis nombor 1986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: «كان إذا دخل رمضان، تغير لونه، وكثرت صلاته، وابتهل في الدعاء، وأشفق منه». [هب، «الضعيفة» (6636)].

(Munkar) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: "Adalah baginda apabila memasuki bulan Ramadan, akan berubah warnanya, banyak solatnya dan bersungguh dalam berdoa. Aku pula merasa bimbang akannya". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6636].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs