Adalah Baginda apabila melakukan korban, Baginda akan membeli dua ekor biri-biri yang gemuk, memiliki tanduk dan berwarna kelabu

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا ضحى؛ اشترى كبشين سمينين، أقرنين، أملحين، فإذا صلى وخطب أتي بأحدهما وهو قائم في مصلاه فذبحه، ثم قال: اللهم! هذا عن أمتى جميعا؛ من شهد لك بالتوحيد، وشهد لي بالبلاغ، ثم يؤتى بالآخر فيذبحه ويقول: اللهم! هذا عن محمد وآل محمد. فيطعمهما جميعا للمساكين، ويأكل هو وأهله منهما. قال: فلبثنا سنين ليس أحد من بنى هاشم يضحي، قد كفانا الله برسول الله ﷺ الغرم والمؤنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah Baginda apabila melakukan korban, Baginda akan membeli dua ekor biri-biri yang gemuk, memiliki tanduk dan berwarna kelabu. Apabila Baginda selesai menunaikan solat dan berkhutbah, dibawakan kepada Baginda salah seekor daripada biri-biri itu ketika Baginda masih lagi berdiri di tempat solat Baginda, lalu Baginda menyembelihnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ya Allah, ini untuk umatku kesemuanya, sesiapa yang bersaksi buatmu dengan tauhid (keesaan Allah) dan bersaksi bahawa aku telah menyampaikan (dakwah)". Kemudian dibawa biri-biri yang seekor lagi, lalu Baginda menyembelihnya dan bersabda: "Ya Allah, ini untuk Muhammad dan keluarga Muhammad". Baginda memberi makan daging kedua-dua biri-biri itu kepada orang-orang miskin, Baginda serta keluarga Baginda juga turut makan daripada daging biri-biri itu. Abu Rafi’ berkata: Beberapa tahun berlalu dalam keadaan tiada siapa daripada Bani Hashim yang melakukan korban. Allah telah mencukupkan kami dengan (sembelihan yang dilakukan oleh) Rasulullah ﷺ daripada berpenat lelah dan mengeluarkan perbelanjaan.

STATUS

Munkar apabila sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis nombor 2292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي رافع – رضي الله عنه -، قال: «كان إذا ضحى؛ اشترى كبشين سمينين، أقرنين، أملحين، فإذا صلى وخطب أتي بأحدهما وهو قائم في مصلاه فذبحه، ثم قال: اللهم! هذا عن أمتى جميعا؛ من شهد لك بالتوحيد، وشهد لي بالبلاغ، ثم يؤتى بالآخر فيذبحه ويقول: اللهم! هذا عن محمد وآل محمد. فيطعمهما جميعا للمساكين، ويأكل هو وأهله منهما. قال: فلبثنا سنين ليس أحد من بنى هاشم يضحي، قد كفانا الله برسول الله ﷺ الغرم والمؤنة». [الطحاوي، ك، هق، هب، حم، البزار، طب، «الضعيفة» (6461)].

(Munkar Apabila Sempurna Begini) Daripada Abu Rafi’ RA, beliau berkata: Adalah Baginda apabila melakukan korban, Baginda akan membeli dua ekor biri-biri yang gemuk, memiliki tanduk dan berwarna kelabu. Apabila Baginda selesai menunaikan solat dan berkhutbah, dibawakan kepada Baginda salah seekor daripada biri-biri itu ketika Baginda masih lagi berdiri di tempat solat Baginda, lalu Baginda menyembelihnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ya Allah, ini untuk umatku kesemuanya, sesiapa yang bersaksi buatmu dengan tauhid (keesaan Allah) dan bersaksi bahawa aku telah menyampaikan (dakwah)". Kemudian dibawa biri-biri yang seekor lagi, lalu Baginda menyembelihnya dan bersabda: "Ya Allah, ini untuk Muhammad dan keluarga Muhammad". Baginda memberi makan daging kedua-dua biri-biri itu kepada orang-orang miskin, Baginda serta keluarga Baginda juga turut makan daripada daging biri-biri itu. Abu Rafi’ berkata: Beberapa tahun berlalu dalam keadaan tiada siapa daripada Bani Hashim yang melakukan korban. Allah telah mencukupkan kami dengan (sembelihan yang dilakukan oleh) Rasulullah ﷺ daripada berpenat lelah dan mengeluarkan perbelanjaan. [Riwayat al-Tahawi, Mustadrak al-Ḥākim, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6461].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs