Munkar apabila sempurna begini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا ضَحَّى؛ اشْتَرَى كَبْشَيْنِ سَمِينَيْنِ، أَقْرَنَيْنِ، أَمْلَحَيْنِ، فَإِذَا صَلَّى وَخَطَبَ أُتي بِأَحَدِهِمَا وَهُوَ قَائِمٌ فِي مُصَلاهُ فَذَبَحَهُ، ثُمَّ قال: اللَّهُمَّ! هَذَا عَنْ أُمَّتِى جَمِيعاً؛ مَنْ شَهِدَ لَكَ بِالتَّوْحِيدِ، وَشَهِدَ لِي بِالْبَلَاغِ، ثُمَّ يُؤْتَى بِالآخَرِ فَيَذْبَحُهُ ويَقُولُ: اللَّهُمَّ! هَذَا عَنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ. فيُطْعِمُهُمَا جميعاً للْمَسَاكِينَ، وَيَأْكُلُ هُوَ وَأَهْلُهُ مِنْهُمَا. قال: فَلبِثْنَا سِنِينَ لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ بَنِى هَاشِمٍ يُضَحِّي، قَدْ كَفَانَا اللَّهُ بِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ الْغَرْمَ وَالْمُؤْنَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Adalah Baginda apabila melakukan korban, Baginda akan membeli dua ekor biri-biri yang gemuk, memiliki tanduk dan berwarna kelabu. Apabila Baginda selesai menunaikan solat dan berkhutbah, dibawakan kepada Baginda salah seekor daripada biri-biri itu ketika Baginda masih lagi berdiri di tempat solat Baginda, lalu Baginda menyembelihnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ya Allah, ini untuk umatku kesemuanya, sesiapa yang bersaksi buatmu dengan tauhid (keesaan Allah) dan bersaksi bahawa aku telah menyampaikan (dakwah)". Kemudian dibawa biri-biri yang seekor lagi, lalu Baginda menyembelihnya dan bersabda: "Ya Allah, ini untuk Muhammad dan keluarga Muhammad". Baginda memberi makan daging kedua-dua biri-biri itu kepada orang-orang miskin, Baginda serta keluarga Baginda juga turut makan daripada daging biri-biri itu. Abu Rafi’ berkata: Beberapa tahun berlalu dalam keadaan tiada siapa daripada Bani Hashim yang melakukan korban. Allah telah mencukupkan kami dengan (sembelihan yang dilakukan oleh) Rasulullah ﷺ daripada berpenat lelah dan mengeluarkan perbelanjaan.
Sahabat Perawi
- Abu Rafi’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar apabila sempurna begini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis no. 2292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أبي رافع - رضي الله عنه -، قال: «كان إذا ضحى؛ اشترى كبشين سمينين، أقرنين، أملحين، فإذا صلى وخطب أتي بأحدهما وهو قائم في مصلاه فذبحه، ثم قال: اللهم! هذا عن أمتى جميعا؛ من شهد لك بالتوحيد، وشهد لي بالبلاغ، ثم يؤتى بالآخر فيذبحه ويقول: اللهم! هذا عن محمد وآل محمد. فيطعمهما جميعا للمساكين، ويأكل هو وأهله منهما. قال: فلبثنا سنين ليس أحد من بنى هاشم يضحي، قد كفانا الله برسول الله ﷺ الغرم والمؤنة». [الطحاوي، ك، هق، هب، حم، البزار، طب، «الضعيفة» (6461)].
(Munkar Apabila Sempurna Begini) Daripada Abu Rafi’ RA, beliau berkata: Adalah Baginda apabila melakukan korban, Baginda akan membeli dua ekor biri-biri yang gemuk, memiliki tanduk dan berwarna kelabu. Apabila Baginda selesai menunaikan solat dan berkhutbah, dibawakan kepada Baginda salah seekor daripada biri-biri itu ketika Baginda masih lagi berdiri di tempat solat Baginda, lalu Baginda menyembelihnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ya Allah, ini untuk umatku kesemuanya, sesiapa yang bersaksi buatmu dengan tauhid (keesaan Allah) dan bersaksi bahawa aku telah menyampaikan (dakwah)". Kemudian dibawa biri-biri yang seekor lagi, lalu Baginda menyembelihnya dan bersabda: "Ya Allah, ini untuk Muhammad dan keluarga Muhammad". Baginda memberi makan daging kedua-dua biri-biri itu kepada orang-orang miskin, Baginda serta keluarga Baginda juga turut makan daripada daging biri-biri itu. Abu Rafi’ berkata: Beberapa tahun berlalu dalam keadaan tiada siapa daripada Bani Hashim yang melakukan korban. Allah telah mencukupkan kami dengan (sembelihan yang dilakukan oleh) Rasulullah ﷺ daripada berpenat lelah dan mengeluarkan perbelanjaan. [Riwayat al-Tahawi, Mustadrak al-Ḥākim, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6461].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman