Adalah baginda apabila bangun berkhutbah, baginda akan mengambil tongkat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا قام يخطب أخذ عصا فتوكأ عليها وهو على المنبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adalah baginda apabila bangun berkhutbah, baginda akan mengambil tongkat lalu bersandar padanya ketika baginda berada di atas mimbar.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis nombor 1857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذه الزيادة، «وهو على المنبر» فيما أعلم). «كان إذا قام يخطب أخذ عصا فتوكأ عليها وهو على المنبر».
[«الضعيفة» (964)].

(Tiada Asal Baginya Dengan Tambahan Ini: "ketika baginda berada di atas mimbar" Setakat Pengetahuan Saya) "Adalah baginda apabila bangun berkhutbah, baginda akan mengambil tongkat lalu bersandar padanya ketika baginda berada di atas mimbar". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 964].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.